Bridgeman tinggal selangkah jadi juara

Bridgeman tinggal selangkah jadi juara

Jacob Bridgeman melakukan pukulan tee dalam Kejohanan Jemputan Genesis di Kelab Riviera, Pacific Palisades, California, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pemain muda Amerika Syarikat (AS), Jacob Bridgeman semakin hampir untuk merangkul kejuaraan pertama Jelajah PGA apabila mencatat tujuh bawah par 64 bagi mendahului kejohanan Jemputan Genesis dengan kelebihan enam pukulan di Kelab Riviera, semalam.

Bridgeman yang baru pertama kali beraksi di lapangan ikonik itu minggu ini jelas tampil penuh yakin apabila menyamai rekod 54 lubang kejohanan dengan keseluruhan 19 bawah par 194 untuk meninggalkan pemain No.2 dunia Rory McIlroy di belakangnya.

“Ia sangat menyeronokkan dan terasa mudah, mungkin inilah saat terbaik dalam dunia golf.

“Saya perlu buat sedikit pelarasan di pertengahan pusingan kerana beberapa pukulan putt terlalu kuat, jadi saya beritahu kedi supaya lembutkan sedikit dan selepas itu semuanya menjadi lebih baik,” kata Bridgeman.

McIlroy yang menamatkan pusingan ketiga dengan dua bawah par 69 untuk keseluruhan 200 pukulan mengakui bergelut di green yang semakin laju dan sukar untuk memberi tekanan kepada pendahulu kejohanan itu.

“Green menjadi sangat laju di penghujung permainan dan anda terpaksa bekerja keras untuk setiap putt, saya benar-benar merasakan ia amat sukar hari ini.

“Saya memukul bola dengan baik dan jika dapat terus mencari fairway serta mencipta peluang awal esok, itu sahaja yang mampu saya lakukan,” kata McIlroy.

Sementara itu, Aldrich Potgieter berada di kedudukan ketiga dengan 12 bawah par diikuti Aaron Rai manakala pemain No.1 dunia, Scottie Scheffler melonjak selepas mencatat 66 untuk lima bawah par keseluruhan, namun semua tumpuan kini terarah kepada Bridgeman yang hanya selangkah lagi mencipta sensasi di Riviera. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN