GP Australia batal, Martin belum tentu untung

GP Australia batal, Martin belum tentu untung

JORGE Martin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILLIP ISLAND: Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia, Massimo Rivola mempersoalkan dakwaan bahawa pembatalan perlumbaan utama Grand Prix (GP) Australia memberi kelebihan besar kepada Jorge Martin dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP musim ini.

Perlumbaan di Phillip Island yang sepatutnya berlangsung Ahad lalu terpaksa dibatalkan berikutan keadaan cuaca hujan yang mengehadkan jarak penglihatan, sekali gus menyaksikan jurang mata antara Martin dan Marc Marquez kekal 10 mata selepas perlumbaan pecut pada Sabtu lalu.

Pembatalan itu menyaksikan Marquez gagal melebarkan kelebihan dalam kedudukan kejuaraan, sedangkan Martin dijangka terlepas perlumbaan utama selepas mengalami keretakan pergelangan tangan akibat kemalangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Martin masih menyasarkan untuk kembali beraksi pada GP Malaysia minggu depan selepas menjalani pemeriksaan lanjut terhadap kecederaannya.

Rivola bagaimanapun menyifatkan terlalu awal untuk menentukan sama ada pembatalan perlumbaan itu memberi manfaat kepada Martin, terutama jika tahap kecergasannya masih belum pulih sepenuhnya.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya menjangkakan masih terdapat empat perlumbaan berbaki, namun jumlah sebenar pusingan yang akan berlangsung masih belum jelas berikutan ketidaktentuan mengenai GP Qatar.

“Saya tidak tahu sama ada keadaan itu baik atau buruk untuk Jorge kerana jika keadaan fizikalnya belum pulih, ia bukan sesuatu yang baik. Namun, perkara itu bukan untuk kami tentukan,” katanya.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini