‘Harap abah kembali sihat, puasa dan beraya bersama keluarga’

‘Harap abah kembali sihat, puasa dan beraya bersama keluarga’

HUSNA bersama bapanya, Hashim Jasin baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Keluarga Datuk Ha­shim Jasin berharap seluruh rakyat Malaysia terus mendoakan kesembuhan Mursyidul Am Pas yang tahap jantungnya semakin lemah dan masih di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

Anak bongsunya, Husna berkata, bapanya kini masih dipantau di ICU disebabkan keadaan jantung semakin lemah, masalah buah pinggang dan jangkitan kuman pada paru-paru.

“Setiap kali abah (Hashim) sedar, dia akan cari anak dan cucu. Kita doakan abah sihat dan dapat kembali menjalani puasa dan beraya bersama-sama keluarga.

“Abah juga berpesan kepada kami anak-anak supaya sentiasa ada di jalan Allah SWT dan jangan syariat Allah. Itu pesanan abah hari-hari kepada kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Hashim, 87, sebelum ini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.

Husna berkata, bapanya mendapatkan rawatan pada 7 Februari lalu kerana masalah jantung.

Katanya, tahap jantung bapa pada masa itu sangat lemah iaitu hanya tinggal 35 peratus yang sukar untuk melakukan prosedur angiogram.

“Abah juga mempunyai komplikasi penyakit lain seperti buah pinggang tahap empat, masalah paru-paru, hati dan sebagainya. Ia memerlukan keadaan abah stabil terlebih dahulu untuk proses dialisis dan prosedur angioram.

“Selepas itu, abah dipindahkan ke Hospital Pinang untuk prosedur pemasangan stent jantung. Prosedur stent itu sudah selesai dan Alhamdulilah berjaya namun keadaan jantung sangat lemah pada masa ini,” katanya.

Seorang lagi anak Hashim, Nadiyah berkata, bapa berpesan agar memberikan duitnya untuk diadakan kenduri termasuk di Kompleks Pas Perlis pada setiap Khamis.

Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas keempat pada 10 Oktober 2016 oleh Majlis Syura Ulama Pas susulan pemergian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din pada 16 September tahun sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN