Johari terima 90,000 permohonan bantuan kewangan gara-gara penipuan video AI

Johari terima 90,000 permohonan bantuan kewangan gara-gara penipuan video AI

JOHARI Abdul Ghani ketika ditemui pemberita di Desa Pandan, Kuala Lumpur.-UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir 90,000 permohonan bantuan kewangan diterima oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani gara-gara video janaan kecerdasan buatan (AI) yang dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab. 

Johari berkata, dirinya menjadi mangsa penipuan rakaman video AI itu yang dikatakan bakal menyalurkan peruntukan bernilai jutaan ringgit bagi membantu pihak memerlukan.

“Hampir 90,000 menghantar permohonan hendak minta duit daripada saya. Dah macam gunung hendak runtuh. 

“Kita perlu berhati-hati, semua (video AI) cakap siapa hendak duit, bantuan sewa rumah boleh datang jumpa Datuk Jo. Tak betul, video itu kejap cakap Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Saya susah hati, jadi jangan dengar,” katanya. 

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi itu mengadakan perbincangan bersama wakil penduduk dan peniaga terlibat bagi mencari jalan penyelesaian berhubung pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf jalan 2/76, Desa Pandan, di sini hari ini. 

Sementara itu, Johari berkata, spekulasi yang mendakwa dirinya bakal menjadi Perdana Menteri Kesebelas hanya akan mengganggu-gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan. 

“Kerajaan Perpaduan hari ini aman damai. Jangan sesekali mengganggu-gugat. Kalau tidak berpuas hati, tunggu pilihan raya seterusnya,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN