TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan runtuhan rumah dan kejadian tanah runtuh susulan siri gempa bumi kuat yang terus melanda kawasan barat daya negara itu, khususnya di sekitar rantaian pulau Tokara. Satu lagi gempa bumi berukuran 5.4 skala Richter menggegarkan beberapa pulau di barat daya Jepun pada Sabtu, menjadikannya insiden terbaharu dalam rangkaian gegaran yang memaksa sebahagian penduduk berpindah demi keselamatan. Menurut agensi itu, gempa direkodkan berlaku…










