DUN Selangor : 23 kes ajaran sesat, 12 selesai, 11 sedang dibicara

DUN Selangor : 23 kes ajaran sesat, 12 selesai, 11 sedang dibicara

Ajaran sesat
MOHAMMAD Fahmi Ngah menjawab pertanyaan berkenaan ajaran sesat pada Sidang DUN Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 23 kes ajaran sesat di negeri ini diambil tindakan penguatkuasaan antara 2019 hingga tahun lalu yang mana 12 daripadanya sudah pun disabitkan kesalahan dan 11 lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, antara ajaran sesat tersebut adalah ialah Syiah, Millah Abraham, Hizbut Tahrir, Rasul Melayu dan Tuhan Harun.

“Kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang dengan kerjasama pelbagai agensi berkepentingan disamping melaksanakan proses pemulihan dan bimbingan kepada mereka yang terlibat,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Jelas, Mohammad Fahmi yang juga ADUN Seri Setia itu, kerajaan negeri mengawal penyebaran ajaran sesat di Selangor dengan mengambil pendekatan intervensi melalui penjelasan, pendidikan, pemantauan dan penguatkuasaan kepada ajaran sesat yang dikenalpasti tersebar di negeri ini.

“Maklumat-maklumat juga telah disebarkan melalui penerbitan bahan-bahan bercetak dan melalui media elektronik bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

“Medium khutbah pada hari Jumaat turut digunakan bagi menyampaikan maklumat yang perlu disamping memberi kesedaran sekira terjebak dengan ajaran-ajaran sesat yang ada,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN