Trump tidak lagi minat jadikan Kanada negeri ke-51 AS - Carney

Trump tidak lagi minat jadikan Kanada negeri ke-51 AS – Carney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak lagi berhasrat menjadikan Kanada sebagai negeri ke-51 negara itu, kata Perdana Menterinya, Mark Carney.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan CNN, Christiane Amanpour bersempena dengan Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Belanda, Carney menegaskan Trump tidak lagi menyuarakan hasrat untuk menakluk Kanada.

“Tidak, beliau tidak lagi bercakap soal itu,” ujar Carney ringkas ketika ditanya sama ada Trump masih mahu menjadikan Kanada sebahagian daripada Amerika Syarikat.

“Trump mengagumi Kanada. Mungkin satu ketika dahulu beliau berkeinginan, tetapi sekarang tidak lagi,” tambah beliau.

Ini bukan kali pertama isu tersebut disifatkan berakhir kerana pada 22 Mei lalu, Duta AS ke Kanada, Peter Hoekstra memaklumkan kepada penyiar CBC Trump tidak lagi bercakap mengenai cadangan tersebut.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, Trump dilaporkan memuat naik kenyataan di media sosial Kanada sepatutnya menjadi negeri ke-51 bagi menikmati manfaat daripada sistem pertahanan peluru berpandu yang dicadangkannya.

Carney sebelum ini pernah menyatakan hubungan rapat antara Kanada dan AS yang sekian lama terjalin kini telah berakhir.

Sejak memegang jawatan sebagai perdana menteri, beliau giat memperkukuh hubungan dengan rakan-rakan dari Eropah, termasuk United Kingdom dan Perancis, serta menjalinkan kerjasama dengan Australia dalam pembangunan sistem radar baharu untuk kawasan Artik Kanada.

Namun begitu, Carney tetap memberi pujian kepada Trump kerana secara tidak langsung mendorong Kanada untuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraan dan memenuhi sasaran perbelanjaan yang ditetapkan untuk ahli NATO.

“Presiden AS (Trump) memberi tumpuan terhadap penstrukturan semula hubungan dua hala. Beliau mahu memastikan semua anggota NATO, termasuk Kanada, membayar komitmen mereka dengan adil. Dan saya rasa kita kini berada di landasan yang betul,” jelas Carney lagi.- CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN