Tiada rakyat kita terkesan serangan di Iran

Tiada rakyat Malaysia terkesan serangan di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia yang terkesan dalam serangan Israel ke atas Teheran di Iran, awal hari ini.

Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar mengesahkan 29 rakyat negara yang berdaftar dengan kedutaan berada dalam keadaan selamat.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Teheran akan terus mengikut rapat perkembangan terkini.

“Buat masa ini keadaan terkawal. Pihak Kedutaan akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Israel melancarkan serangan ke atas Teheran, ketika rejim mendakwa menyasarkan tapak nuklear dan ketenteraan Iran.

Serangan itu menyebabkan beberapa orang terkorban termasuk Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Hossein Salami serta dua saintis nuklear terkemuka, Mohammad Mehdi Tehranchi dan Fereydoun Abbasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN