Tentera AS bantu Israel pintas peluru berpandu Iran

Tentera AS bantu Israel pintas peluru berpandu Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) membantu menembak jatuh peluru berpandu Iran yang menuju ke Israel.

Seorang pegawai AS yang tidak dinamakan mendakwa, buat masa ini pemintasan itu dilakukan oleh sistem berasaskan darat.

Pegawai itu juga mendakwa, jet pejuang dan kapal perang masih belum digunakan setakat ini.

Namun, pegawai tersebut tidak memberikan maklumat mengenai lokasi sebenar pemintasan AS berlaku.

AS mempunyai hampir 40,000 anggota tentera yang ditempatkan di Asia Barat, termasuk sistem pertahanan udara, pesawat pejuang dan kapal perang yang mampu membantu menembak jatuh peluru berpandu.

Dalam serangan peluru berpandu dan dron Iran sebelum ini yang disasarkan Israel, tentera AS pernah menggunakan jet pejuang dan kapal perang Tentera Laut untuk membantu menembak jatuh peluru Iran.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN