KUALA LUMPUR: Syarikat pengangkutan atau pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres perlu bertanggungjawab menjelaskan saman kerana permit dan kenderaan didaftarkan atas nama syarikat. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, isu pemandu tidak memaklumkan saman kepada majikan bukan alasan untuk mengelak tanggungjawab membayar saman. Katanya, tindakan menyalahkan pemandu seolah-olah cuba melepaskan tanggungjawab sedangkan permit kenderaan dikeluarkan kepada syarikat, bukan individu. “Saman tetap saman. Permit dikeluarkan kepada syarikat, bukan pemandu. Kita…