SHANGHAI: Taman tema Legoland terbesar di dunia dan yang pertama di China bakal dibuka secara rasmi di Shanghai pada 5 Julai ini. Ia menampilkan pelbagai tarikan termasuk replika mini kawasan ikonik Shanghai seperti tepi laut dan pencakar langit di daerah kewangan Lujiazui, yang semuanya dibina menggunakan batu bata plastik berwarna-warni. Menerusi usaha sama antara Merlin Entertainments, pengendali taman Legoland global dan kerajaan tempatan daerah Jinshan, ia mengetengahkan lapan zon bertema…