JKNK siasat kes petugas bertindak kasar pada bayi baharu lahir

JKNK siasat kes petugas bertindak kasar pada bayi baharu lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan seorang petugas kesihatan bertindak kasar dan menggelarkan bayi baharu dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini sebagai ‘anak lorong’.

Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, JKNK mengambil serius sebarang bentuk salah laku atau perlakuan yang tidak beretika dalam kalangan petugas kesihatan.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian dilaporkan berlaku pada Sabtu. Pengadu kemudian telah mengemukakan laporan berhubung kejadian itu menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA ) semalam.

“Siasatan itu dilakukan berlandaskan prosedur yang ditetapkan,” katanya hari ini.

Dr. Zaini berkata, sebarang isu berkaitan salah laku akan ditangani secara tegas demi memelihara integriti dan profesionalisme perkhidmatan kesihatan negara.

Katanya, semua pesakit berhak menerima layanan penuh empati, hormat dan profesionalisme tanpa mengira latar belakang.

“Kualiti penjagaan dan keselamatan pesakit sentiasa menjadi keutamaan kami. JKNK komited untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan semua pelanggan sentiasa terpelihara,” katanya.

Petugas itu turut didakwa mengejutkan bayi berkenaan dengan penumbuk, menyusukan bayi dengan kasar kerana anak kecil itu tidak mahu menghabiskan susu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN