Gelombang haba cetus kebakaran hutan di Tel Aviv

Gelombang haba cetus kebakaran hutan di Tel Aviv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Belum pun pulih daripada kemusnahan akibat serangan udara Iran, Israel berdepan pula dengan kebakaran hutan yang meletus di Ness Ziona, berhampiran Tel Aviv di tengah negara itu, semalam.

Kebakaran itu dipercayai berlaku akibat suhu yang melonjak tinggi sehingga memaksa penduduk untuk berpindah, lapor Radio Tentera Israel.

Laporan itu mendakwa, kebakaran bermula di kawasan hutan terbuka sebelum merebak ke kawasan perumahan, membakar sekurang-kurangnya tiga bangunan.

Penduduk yang tinggal paling hampir dengan pusat kebakaran kini dipindahkan, manakala 12 unit bomba dikerah untuk mengawal api dan menghalangnya daripada terus merebak.

Wartawan agensi berita Anadolu melaporkan, punca kebakaran masih belum diketahui, namun Israel mengalami peningkatan suhu ketara kepada 34 darjah Celsius pada Khamis.

Ness Ziona yang terletak di kawasan pantai Israel dan dikeliling kawasan berumput serta pertanian, mudah terdedah kepada kebakaran hutan akibat cuaca panas dan kering.

Kebakaran hutan besar yang berlaku di Baitulmuqaddis dan Tel Aviv pada Mei lalu mencederakan 21 orang dan memusnahkan 1,999 hektar kawasan hutan, serta mengambil masa 31 jam untuk dikawal sepenuhnya.

Kebakaran itu, merupakan antara terbesar dalam beberapa tahun, memaksa pemindahan 10 bandar dan penempatan haram, didorong oleh suhu tinggi dan angin kencang.

Beberapa kebakaran kecil yang berlaku selepas itu di seluruh Israel menyebabkan kerosakan harta benda, namun tiada kecederaan dilaporkan.– ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN