KANGAR: Muktamar Tahunan Pas ke-71, September ini merupakan masa paling sesuai untuk Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dikatakan mengalami masalah kesihatan untuk berundur sekali gus meninggalkan jawatan nombor satu parti itu. Abdul Hadi yang sudah menerajui Pas sejak 2003 itu sudah tidak mempunyai apa-apa untuk dibuktikan lagi memandangkan telah berjaya membawa Pas menjadi parti paling dominan di negara ini termasuk mempunyai bilangan ahli Parlimen paling ramai di Dewan Rakyat…