Ejen FBI, penunjuk perasaan bertempur di Los Angeles

Ejen FBI, penunjuk perasaan bertempur di Los Angeles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Ejen persekutuan Amerika Syarikat (AS) sekali lagi bertempur dengan penunjuk perasaan di Los Angeles pada Sabtu dalam insiden yang menyaksikan bom kilat dilepaskan ke arah orang ramai dan sebahagian lebuh raya ditutup, susulan serbuan terhadap pendatang tanpa dokumen, menurut laporan media tempatan.

Pertempuran berlaku di Paramount, sebuah kawasan pinggir bandar Los Angeles, di mana penunjuk perasaan berkumpul berhampiran sebuah cawangan Home Depot yang digunakan sebagai pangkalan operasi oleh pegawai imigresen persekutuan, lapor saluran berita Fox 11.

Mereka berdepan ejen persekutuan lengkap dengan pakaian anti-rusuhan dan topeng gas yang dilaporkan melepaskan bom kilat dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan, menurut laporan media dan hantaran di media sosial.

Serbuan imigresen itu merupakan sebahagian daripada tindakan keras Presiden AS, Donald Trump terhadap pendatang tanpa izin.

Trump yang memenangi penggal kedua sebagai presiden berkempen atas janji untuk menghapuskan kehadiran pendatang tanpa dokumen yang disamakan beliau dengan ‘raksasa’ dan ‘binatang’.

Susulan insiden terbaharu, pihak berkuasa berikrar untuk mendakwa pelaku rusuhan dan memberi amaran bahawa tahap keselamatan akan ditingkatkan.

“Kami sedang menjadikan Los Angeles lebih selamat. Datuk Bandar, Karen Bass sepatutnya berterima kasih kepada kami. Kami akan kerahkan Pengawal Kebangsaan malam ini,” kata penasihat utama Trump bagi isu keselamatan sempadan Tom Homan, dalam satu temu bual di Fox News.

Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Dan Bongino mengesahkan bahawa beberapa tangkapan telah dibuat susulan pertempuran yang berlaku pada Jumaat.

“Jika kamu membuat kekacauan, kami akan bawa gari. Undang-undang dan ketenteraman akan ditegakkan,” katanya menerusi platform X.

Pada Sabtu, di tengah-tengah laungan yang mendesak ejen Imigresen dan Kastam (ICE) supaya keluar dari kawasan tersebut, sesetengah penunjuk perasaan dilihat mengibarkan bendera Mexico manakala yang lain membakar bendera AS, menurut laporan Los Angeles Times.

Los Angeles yang merupakan kota kedua paling padat penduduk di AS terkenal dengan kepelbagaian demografi dan Paramount yang didiami kira-kira 50,000 orang mempunyai komposisi penduduk 82 peratus berbangsa Hispanik atau Latino, menurut data Banci AS.- CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×