SAN FRANSISCO: Persaingan sedang berlaku antara dua kuasa besar dunia, Amerika Syarikat (AS) dan China untuk membina humanoid paling canggih. April lalu, separuh maraton pertama dunia antara manusia dan robot diadakan di Beijing. Beberapa humanoid yang menyertai acara tersebut, lengkap berkasut larian, berjaya menamatkan perlumbaan, manakala yang lain bergelut sejak awal. Di AS, gergasi teknologi Nvidia pula menganjurkan persidangan pembangun kecerdasan buatan (AI) tahunan pada Mac, mempamerkan pelbagai robot termasuk…