Air India kurangkan penerbangan antarabangsa hingga Julai

Air India kurangkan penerbangan antarabangsa hingga Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Air India mengumumkan pengurangan sementara jumlah penerbangan antarabangsa, susulan nahas tragis minggu lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 270 nyawa.

Insiden itu turut mencetuskan kelewatan penerbangan dan gelombang kebimbangan keselamatan dalam kalangan penumpang, lapor New York Times.

Dalam kenyataan di platform X pada 18 Jun lalu, Air India memaklumkan untuk mengurangkan perkhidmatan antarabangsa bagi pesawat tertentu sebanyak 15 peratus, sekurang-kurangnya sehingga pertengahan Julai.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut bertujuan memastikan kelancaran operasi, meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesulitan kepada penumpang.

Keputusan syarikat itu dibuat sehari selepas pihak berkuasa India mengarahkan Air India untuk memperbaiki operasi, selepas menerima banyak aduan mengenai pembatalan penerbangan dan kerosakan peralatan kabin.

17 Jun lalu, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam India (DGCA) mengesahkan tiada isu keselamatan utama dikesan selepas menjalankan pemeriksaan terknikal terhadap 33 pesawat Boeing 787 Dreamliner milik Air India.

Setakat ini, 26 pesawat diluluskan untuk beroperasi semula, menurut kenyataan Air India.

Bagaimanapun, pihak berkuasa turut mengenal pasti beberapa isu berkaitan penyelenggaraan dan mengarahkan syarikat tersebut untuk memperkukuh penyelarasan dalaman melibatkan kejuruteraan operasi dan unit pengendalian darat.

Air India mempunyai 190 pesawat dalam armadanya, walaupun laman web rasmi hanya menyenaraikan 128 pesawat, menurut jurucakap syarikat pada 19 Jun lepas.

Kumpulan Air India, termasuk Air India Express, mengendalikan kira-kira 1,000 penerbangan setiap hari merangkumi puluhan destinasi antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN