Pemergian adik jadi motivasi bagi Amela Shafinaz cemerlang di universiti

Pemergian adik jadi motivasi bagi Amela Shafinaz cemerlang di universiti

MSU
AMELIA Shafinaz Azmi Faez menunjukkan Anugerah Pingat Emas Canselor yang diterimanya pada Majlis Konvokesyen ke-35 MSU dekat Dewan Canselor MSU, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor pada Konvokesyen Ke-35 Management & Science University (MSU) menyimpan tekad untuk tampil cemerlang selepas pemergian adik.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kesenian Liberal (Kepujian), Amelia Shafinaz Azmi berkata, sehingga kini masih dalam luka kehilangan adiknya, Allahyarhamah Amelin Shafinaz Azmi Faez, 1,  21 tahun lalu, walaupun ketika itu dia berusia lima tahun.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia masih membayangkan adik masih ada yang akan saling menyaksikan pengalaman persekolahan dan pembelajaran antara satu sama lain sehingga berjaya di menara gading.

“Adik meninggal akibat penyakit berkaitan genetik, kalau Amelin masih hidup, dia pasti gembira melihat saya menerima ijazah yang dalam masa sama boleh menyuntik semangatnya untuk berjaya.

“Tetapi Allah lebih sayangkannya. Saya redha dengan ketentuan-Nya. Anugerah ini untuk adik saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen ke-35 MSU di Dewan Canselor MSU di sini, hari ini.

Tambah Amelia Shafinaz, 26, dia kini merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang perhubungan awam pada peringkat ijazah di Universiti Princeton, Amerika Syarikat.

Sementara itu, penerima Anugerah Presiden, Putri Ely Qistina Shariff, 25, memberitahu dia menanam niat untuk cemerlang sepanjang pengajian menjadikan usahanya berbaloi apabila menerima anugerah itu.

Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (Kepujian) itu, dia sentiasa memastikan setiap subjek yang diambil mendapatkan keputusan cemerlang, lantas sentiasa memberikan tumpuan ketika waktu kuliah.

“Malah, untuk bekerja secara berkumpulan mana-mana rakan yang hanya jadi penumpang dalam kumpulan juga saya tidak benarkan mereka masuk kumpulan saya.

“Bagi saya, untuk mencapai apa-apa sahaja hasil tidak kira dalam akademik atau apa-apa perkara dalam hidup, kita perlu bekerja keras dan berusaha supaya hasil yang diperoleh adalah yang terbaik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN