Pemandu teksi halang ambulans, punca pesakit meninggal dunia

Pemandu teksi halang ambulans, punca pesakit meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Polis Phuket memfailkan pertuduhan terhadap seorang pemandu teksi tempatan berikutan video tular menunjukkan tindakannya menghalang laluan sebuah ambulans di daerah Kathu.

Video yang tersebar di media sosial sejak Selasa lalu, mencetuskan kemarahan orang ramai apabila pesakit di dalam ambulans tersebut disahkan meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan akibat kelewatan.

Menurut Pusat Penyelamat Pertubuhan Pentadbiran Daerah Kamala memuat naik klip video yang menunjukkan pemandu teksi enggan memberi laluan kepada ambulans, walaupun siren dan lampu kecemasan diaktifkan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Kamala-Patong di daerah Kathu, Phuket.

Teksi berkenaan memandu di lorong tengah dan pemandu enggan menukar lorong selama beberapa minit, walaupun ambulans menghampiri dengan lampu kecemasan.

Mangsa, seorang lelaki berusia 77 tahun yang mempunyai sejarah penyakit jantung, dilaporkan rebah di kebun durian di Kamala.

Menurut pusat penyelamat, anak perempuan mangsa yang merupakan jururawat melakukan bantuan pernafasan (CPR) sepanjang perjalanan.

Malangnya, kelewatan akibat tindakan pemandu teksi terbabit menghalang mangsa mendapatkan rawatan segera di hospital sehingga dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Berikutan kejadian itu, Hospital Patong dan polis menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta kamera papan pemuka untuk siasatan lanjut.– ASIA NEWS NETWORK

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN