India dituduh usir pelarian Rohingya tanpa perikemanusiaan

India dituduh usir pelarian Rohingya tanpa perikemanusiaan

KUMPULAN pelarian Rohingya yang terkandas di perairan berhampiran wilayah Aceh, Indonesia.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa siasatan segera dijalankan susulan laporan boleh dipercayai yang mendakwa pihak berkuasa India menahan dan mengusir pelarian Rohingya.

Dalam beberapa kes, pelarian didakwa dihanyutkan ke Laut Andaman berhampiran pesisir Myanmar, negara asal mereka melarikan diri kerana bimbang terhadap penganiayaan dan ancaman kematian.

Pelapor Khas PBB mengenai hak asasi manusia Myanmar, Tom Andrews berkata, dakwaan pelarian Rohingya dihumban dari kapal tentera laut adalah sesuatu yang amat mengejutkan.

“Saya sedang mendapatkan maklumat lanjut dan keterangan mengenai perkembangan ini, serta memohon kerajaan India untuk memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku,” katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan India supaya menghentikan ‘layanan tidak berperikemanusiaan dan mengancam nyawa terhadap pelarian Rohinya’, termasuk pemulangan mereka ke situasi berbahaya di Myanmar.

Insiden itu dilihat sebagai sebahagian daripada tindakan keras yang meluas, di mana pihak berkuasa India dilaporkan mengambil kesempatan daripada ketegangan dengan negara jiran Pakistan untuk memperhebat kempen penindasan terhadap umat Islam.

Pegawai kanan berhaluan kanan di beberapa negeri India dilaporkan menahan ribuan umat Islam, yang didakwa etnik Rohingya atau warga Bangladesh yang tinggal secara haram di negara itu.

Tindakan paling meluas berlaku di Gujarat, negeri asal Perdana Menteri Narendra Modi, dan di Rajasthan.

Sebahagian besar individu yang ditahan kemudiannya disahkan sebagai warganegara India dan dibebaskan.

Namun, sejumlah besar etnik Rohingya dan warga Bangladesh telah dihantar pulang, termasuk sebahagian yang memiliki dokumen pelarian di mana dilindungi daripada tindakan pengusiran.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×