Enam dikhuatiri maut, ambulans udara terhempas di Chile

Enam dikhuatiri maut, ambulans udara terhempas di Chile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO: Pasukan penyelamat di Chile sedang giat mencari sebuah pesawat ambulans udara yang dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan di tengah negara itu.

Arahan Am Penerbangan Awam (DGAC) berkata, pesawat yang membawa enam orang termasuk seorang pesakit, terputus hubungan dengan pihak berkuasa berhampiran kawasan pergunungan Cerro El Roble di Curacavi, luar Santiago.

“Pesawat ambulans awam Piper Cheyenne II, nombor pendaftaran CC-CCC, yang berlepas dari Santiago menuju ke Arica, terhempas dengan enam orang di dalamnya.

“Operasi pencarian besar-besaran telah digerakkan,” menurut kenyataan DGAC di platform X, semalam.

Datuk Bandar Curacavi, Christian Hernandez memberitahu stesen Televisyen Nasional Chile, kawasan pencarian itu sangat sukar diakses, disebabkan ketinggiannya dan kerosakan pada jalan masuk akibat hujan lebat.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN