Cuba rasuah polis, PATI Bangladesh ditahan

Cuba rasuah pegawai polis, PATI Bangladesh ditahan

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Tindakan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Bangladesh cuba merasuah pegawai polis bagi menggelakan dia dari ditahan mengundang padah apabila dicekup semalam.

Difahamkan suspek berbuat demikian selepas pasport miliknya sudah tamat tempoh selain tinggal lebih masa di negara ini.

Selain itu, turut ditahan warganegara Myanmar yang merupakan rakan suspek bagi membantu siasatan.

Sumber berkata, semasa kejadian warganegara Bangladesh itu telah bertindak menghulurkan duit di dalam genggamnya ke arah pegawai berkenaan dengan niat untuk mengelakkan daripada ditahan.

“Selepas beberapa kali amaran diberikan, suspek tetap berdegil dan menghulurkan wang kepada pegawai berkenaan.

“Susulan itu, kedua-dua PATI telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 B Akta SPRM 2009.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN