BEIJING: Kerajaan China mengingatkan pegawai di seluruh negara untuk mengurangkan pembaziran perbelanjaan berkaitan perjalanan, makanan dan ruang pejabat, selaras usaha Presiden Xi Jinping melaksanakan langkah berjimat dalam fasa pemulihan ekonomi. Notis yang dikeluarkan kerajaan dan Parti Komunis memerintah itu turut merangkumi perbelanjaan untuk majlis sambutan, alkohol dan arak, menurut agensi berita Xinhua. Peraturan baharu itu merupakan penegasan semula terhadap kempen Jinping yang menyeru pegawai untuk mengurangkan perbelanjaan, ketika hasil jualan tanah merosot dan bajet kerajaan tempatan semakin tertekan akibat beban hutang yang besar. Pada akhir 2023, kerajaan pusat memberitahu pegawai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya