AS, Houthi sepakat capai gencatan senjata

AS, Houthi sepakat capai gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUSCAT: Oman mengumumkan Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan Houthi di Yaman mencapai persetujuan gencatan senjata bagi meredakan ketegangan dan menjamin kebebasan pelayaran di Laut Merah.

Menteri Luar Oman, Badr Albusaidi dalam kenyataan berkata, perjanjian itu turut menjamin kedua-dua pihak tidak akan menyerang satu sama lain, bagi memastikan kelancaran aliran perdagangan antarabangsa di perairan tersebut.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump mengesahkan penamatan serangan udara terhadap Houthi, selepas kumpulan disokong Iran itu bersetuju untuk tidak lagi mengganggu laluan perkapalan penting di Asia Barat.

Dalam pertemuan di Pejabat Oval bersama Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, Trump berkata, Houthi menyatakan hasrat untuk menghentikan permusuhan.

“Mereka kata, ‘tolong jangan bom kami lagi, dan kami tak akan serang kapal-kapal kamu’,” dakwa Trump.

Sejak konflik di Gaza tercetus pada Oktober 2023, kumpulan Houthi melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Israel dan kapal dagang antarabangsa di Laut Merah, sebagai tindak balas operasi ketenteraan Israel terhadap Hamas.

Ketegangan meningkat selepas peluru berpandu Houthi mendarat berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel pada Ahad, menyebabkan Israel melancarkan serangan udara ke atas pelabuhan Hodeidah di Yemen sehari kemudian.

Selasa lalu, tentera Israel turut melancarkan serangan udara ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa, serangan kedua berturut-turut dalam tempoh dua hari terhadap sasaran Houthi di tengah peningkatan konflik antara kedua-dua pihak.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN