Wanita didakwa bunuh tiga ahli keluarga dengan cendawan beracun

Wanita didakwa bunuh tiga ahli keluarga dengan cendawan beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Seorang wanita di Australia akan dibicarakan atas tuduhan membunuh tiga ahli keluarganya serta mencederakan seorang lagi selepas menghidangkan makanan mengandungi cendawan beracun dalam satu jamuan makan tengah hari.

Tertuduh, Erin Patterson, 50, berdepan empat pertuduhan iaitu tiga tuduhan membunuh dan satu cubaan membunuh, namun tidak lagi didakwa atas tuduhan cubaan membunuh suaminya sendiri selepas pihak pendakwa raya menarik balik pertuduhan berkenaan.

Patterson mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang akan dibicarakan di Mahkamah Agung Victoria bermula Rabu, perbicaraan yang dijangka mendapat perhatian meluas rakyat negara itu.

Insiden tersebut berlaku pada Julai 2023 lalu di Leongatha, Victoria, dan mengakibatkan tiga mangsa termasuk bekas mentuanya, Don Patterson, 70, dan Gail Patterson, 70 serta adik ipar mereka, Heather Wilkinson, 66, meninggal dunia beberapa hari selepas menerima rawatan di hospital.

Seorang lagi mangsa, Ian Wilkinson, 68, yang juga suami Heather dan merupakan seorang pastor gereja Baptis, terselamat selepas dirawat selama beberapa minggu di hospital.

Pemilihan juri dilakukan dan kini sedang diberikan arahan oleh Hakim Christopher Beale sebelum sesi perbicaraan bermula hari ini.

Hakim Beale turut mengingatkan panel juri agar tidak mengambil kira pertuduhan lama yang telah digugurkan berkaitan cubaan membunuh suami Patterson, serta menasihatkan agar mereka membuat keputusan berdasarkan bukti secara rasional tanpa dipengaruhi emosi.

Perbicaraan kes berprofil tinggi ini akan berlangsung di Mahkamah Morwell, kira-kira 60 kilometer dari lokasi kejadian, Leongatha. — AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN