LONDON: Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) Britain meluluskan penggunaan ubat yang membantu memperlahankan penyebaran jenis kanser payudara yang tidak boleh diubati. Para saintis menyifatkan kelulusan capivasertib oleh Institut Kecemerlangan Kesihatan dan Penjagaan Kebangsaan (NICE) sebagai ‘detik penting’. Lebih 1,000 wanita dengan jenis kanser HR-positif HER2-negatif boleh mendapat manfaat daripada pengambilan pil dua kali sehari setiap tahun, kata NICE. Ubat itu, yang juga dikenali sebagai Truqap dan dihasilkan oleh gergasi farmaseutikal Britain,…