KLANG: Pekan Meru termasuk kawasan perumahan di sekitarnya, di sini dinaiki air sedalam kira-kira dua kaki susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata 10 rumah dekat Jalan Meru, Taman Sri Jaya dilaporkan terjejas yang turut melibatkan pemindahan lapan mangsa.
“Kerja-kerja memindahkan mangsa masih dilakukan. Laporan oleh Komander Operasi didapati anggaran rumah terlibat sebanyak 10 buah. Mangsa yang berjaya dikeluarkan sebanyak lapan orang. Kerja-kerja memindahkan mangsa masih dilakukan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Tambahnya, dalam operasi itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar digerakkan dan dibantu BBP Sri Andalas selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4 pagi. – UTUSAN