Tujuh maut, pesawat Honduras terhempas dekat pantai Caribbean

Tujuh maut, pesawat Honduras terhempas dekat pantai Caribbean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEGUCIGALPA: Sebuah pesawat terhempas di perairan berhampiran pantai Caribbean, Honduras, hanya beberapa minit selepas berlepas dari Pulau Roatan, semalam.

Menurut pihak berkuasa, insiden itu mengorbankan tujuh nyawa, manakala 10 lagi berjaya diselamatkan dari bangkai pesawat.

Pesawat Jetstream yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Honduras, Lahnsa, membawa 14 penumpang dan tiga anak kapal, menurut mengteri pengangkutan negara itu.

Bangkai pesawat ditemukan kira-kira satu kilometer dari pesisir pulau tersebut.

Menurut manifes penerbangan yang ditunjukkan oleh media tempatan, penumpang pesawat itu termasuk seorang warga Amerika Syarikat (AS), seorang warga Perancis dan dua kanak-kanak.

Pesawat tersebut dijadualkan terbang ke lapangan terbang La Ceiba di tanah besar Honduras.

Kapten bomba Roatan Franklin Borjas mengesahkan jumlah kematian, manakala kedua-dua polis dan pegawai bomba memperincikan usaha menyelamat sedang dijalankan.

Rakaman dramatik yang dikongsi di media sosial menunjukkan detik cemas ketika pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa terselamat dari lokasi nahas di kawasan pantai berbatu, dengan bantuan cahaya dari bot berdekatan.

Setakat ini, punca nahas masih belum dapat dipastikan.

Borjas memberitahu Reuters, mangsa terselamat dibawa ke hospital berdekatan, sambil mengesahkan pesawat itu terhempas tidak lama selepas berlepas dari pulau tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×