BRATISLAVA: Slovakia mengumumkan keputusan untuk menghentikan bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Ukraine. Perdana Menterinya, Robert Fico berkata, Slovakia tidak akan menyokong Ukraine sama ada dari segi kewangan atau ketenteraan untuk membolehkannya meneruskan perang. “Jika negara lain memilih untuk berbuat demikian, kami akan menghormati,” katanya dalam surat terbuka di X, kelmarin. Beliau turut mempersoalkan keberkesanan pendekatan ‘keamanan melalui kekuatan’ dan menegaskan Ukraine tidak akan mencapai kekuatan mencukupi untuk berunding daripada kedudukan…