Polis cari pemandu bas, wanita duduk di riba

Polis cari pemandu bas, wanita duduk di riba

TANGKAP layar rakaman video tular pemandu bas ekspres memangku wanita ketika kenderaan sedang bergerak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis sedang mengesan seorang pemandu bas ekspres berusia 36 tahun dan seorang wanita dipercayai kenalannya susulan tular rakaman video memaparkan perbuatan berbahaya ketika kenderaan itu sedang bergerak.

Ketua Polis Daerah Jasin Superitenden Lee Robert berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan susur masuk Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah selatan kira-kira pukul 7.30 malam Ahad lalu.

Menurutnya, pihak polis mengesan video berdurasi lapan saat itu pada pukul 5.30 petang semalam sebelum siasatan awal mendapati kejadian berkenaan berlaku ketika bas sedang bergerak menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan dalam daerah ini.

“Polis sedang mengesan kedua-dua suspek tersebut. Hasil siasatan kami dapati lelaki itu sudah berkahwin manakala wanita yang diribanya masih lagi dalam siasatan.

“Kami meminta kerjasama kedua-dua mereka yang terlibat dalam insiden tersebut untuk tampil ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tindakan itu boleh mengganggu tumpuan pemandu selain menjejaskan kawalan kenderaan sekali gus berpotensi mengundang kemalangan.

Dalam klip video itu dipercayai dirakam oleh penumpang bas, wanita terbabit dilihat mengendalikan stereng sambil duduk di atas riba pemandu ketika bas berkenaan sedang bergerak.

Bas ekspres itu dipercayai dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Kulai, Johor ketika kejadian dirakam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN