Remaja buta huruf saman sekolah kerana tamat pengajian

Remaja buta huruf saman sekolah kerana tamat pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CONNECTICUT: Seorang remaja 19 tahun di Connecticut, Amerika Syarikat (AS) menyaman sekolah lama gara-gara membenarkannya menamatkan pengajian ‘dengan kepujian’, sedangkan masih buta huruf.

Aleysha Ortiz menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi Hartford Public, Connecticut pada Jun tahun lalu, dengan kepujian serta menerima biasiswa ke kolej.

Bagaimanapun, beliau kini memfailkan saman terhadap sekolah tersebut atas dakwaan kecuaian sehingga menyebabkan tekanan emosi.

Remaja itu mendakwa, institusi pendidikan tersebut mengabaikan pendidikannya kerana beliau hampir tidak mampu memegang pensel dan tahap membaca setaraf murid tahun satu.

Dilahirkan di Puerto Rico, Aleysha mengalami kesukaran pembelajaran sejak kecil dan masalah tersebut berlarutan selepas berpindah ke AS pada usia lima tahun.

Menurutnya, guru khas yang dilantik untuk membantu gagal memberikan sokongan sewajarnya sehingga sebulan sebelum tamat pengajian apabila ujian tambahan dilakukan dan mendapati beliau masih buta huruf.

Pihak sekolah menawarkan penangguhan menerima diploma sebagai pertukaran kepada perkhidmatan intensif, namun beliau menolak tawaran itu lalu timbul persoalan bagaimana Aleysha Ortiz mampu lulus dengan kepujian dan diterima masuk ke Universiti Connecticut, walaupun tidak dapat membaca atau menulis dengan baik.

Menurutnya, aplikasi teknologi moden banyak membantunya, termasuk aplikasi telefon pintar yang menterjemah teks kepada suara dan di samping menggunakan aplikasi tersebut untuk mengisi borang permohonan kolej dan menulis esei yang diperlukan.

Bagaimanapun, kehidupan sebagai pelajar kolej tidak semudah disangka, kerana Aleysha mengakui bergelut dengan pembelajaran dan terpaksa berhenti menghadiri kelas sejak awal Februari.

Ini kerana, beliau memberi tumpuan kepada rawatan kesihatan mental sebelum memutuskan untuk menyaman sekolah lamanya itu ekoran mahu pihak berkenaan bertanggungjawab atas apa yang dialaminya.

“Mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan dan tidak peduli,” katanya sambil berharap tindakan undang-undangnya akan menghalang pelajar lain daripada mengalami situasi yang sama. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN