Nelayan makan lipas, penyu selepas 95 hari sesat di laut

Nelayan makan lipas, penyu selepas 95 hari sesat di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAITA: Seorang nelayan dari Peru yang terdampar selama 95 hari di Lautan Pasifik dan terpaksa bertahan dengan mamakan lipas, burung dan penyu laut, kini dalam perjalanan pulang bertemu keluarganya.

Maximo Napa keluar untuk menangkap ikan dari Marcona, sebuah bandar di pantai selatan Peru, pada 7 Disember lalu.

Beliau membawa bekalan makanan untuk perjalanan selama dua minggu, tetapi selepas 10 hari, cuaca ribut menghanyutkan botnya jauh daripada laluan asal, menyebabkan beliau terdampar di lautan.

Keluarganya melancarkan operasi pencarian, tetapi rondaan maritim Peru gagal menemuinya sehingga minggu lalu, apabila peronda nelayan Ecuador menemuinya kira-kira 1,094 kilometer (km) dari pantai negara itu, dalam keadaan dehidrasi dan lemah.

“Saya tidak mahu mati. Saya hanya makan lipas, burung dan terakhir adalah penyu,” kata Napa kepada Reuters selepas bertemu semula abangnya di Paita, berhampiran sempada Ecuador.

Napa bertekad untuk bertahan kerana memikirkan keluarga, termasuk cucu perempuan yang berusia dua bulan, meskipun terpaksa bergantung kepada air hujan untuk terus hidup.

Setelah kehabisan bekalan, beliau mengharungi 15 hari terakhir tanpa sebarang makanan.

Napa dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan lanjut di Paita sebelum berlepas ke selatan menuju Lima.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×