EU gesa simpan bekalan sebagai persediaan hadapi perang

EU gesa simpan bekalan sebagai persediaan hadapi perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Rakyat di Kesatuan Eropah (EU) digesa untuk menyimpan bekalan makanan, air, tisu tandas dan keperluan lain untuk tiga hari sebagai persediaan menghadapi kemungkinan krisis ekoran situasi geopolitik yang semakin tidak menentu.

EU menekankan keperluan untuk memiliki bekalan sekurang-kurangnya 72 jam bagi menghadapi ancaman perang, serangan siber, perubahan iklim dan penyakit.

Britain masih belum mengikut langkah itu, walaupun pakar memberi amaran ia mungkin menjadi keperluan pada masa akan datang.

Pesuruhjaya persediaan dan pengurusan krisis EU, Hadja Lahbib, mengumumkan strategi baharu untuk menghadapi bencana masa depan.

Beliau berkata, ancaman yang dihadapi oleh rakyat Eropah kini lebih komplek berbanding sebelum ini dan semuanya saling berkait.

“Penting untuk memastikan orang ramai mempunyai bekalan penting untuk sekurang-kurangnya 72 jam dalam menghadapi krisis,” katanya.

Selain menyimpan bekalan, orang ramai juga disarankan untuk menyediakan pelan kecemasan isi rumah mengenai langkah menghadapi 72 jam pertama ketika krisis, termasuk kemungkinan serangan bersenjata terhadap negara anggota.

“Mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku bahaya, merancang pelbagai senario juga adalah cara untuk mengelakkan orang ramai panik,” katanya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN