Trump heret Pentagon ke dalam polemik

Trump heret Pentagon ke dalam polemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Donald Trump melakukan rombakan besar-besaran di jabatan pertahanan, memecat pegawai atasan dan merancang untuk memberhentikan ribuan kakitangan awam dalam usaha menyelaraskan tentera Amerika Syarikat (AS) dengan keutamaannya.

Pemecatan pegawai tinggi mendorong Pentagon ke dalam perhatian politik, dengan Demokrat menuduh Trump dan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth cuba mempolitikkan tentera serta memastikan ia dipimpin individu yang secara peribadi setia kepada presiden.

Sikap berkecuali dalam politik adalah prinsip teras bagi angkatan tentera AS, di mana anggota dilarang terlibat dalam beberapa jenis aktiviti politik untuk mengekalkan neutraliti tentera.

Sebelum ini, Hegseth menegaskan, Trump hanya memilih pemimpin yang diingikannya untuk mengetuai pasukan pertahanan negara tanpa menjejaskan kredibilitinya.

“Tentera dikawal oleh pihak awam. Tiada apa yang luar biasa mengenai perkara itu.

“Trump berhak memilih pasukan penasihat keselamatan negara dan ketenteraan utamanya,” kata Hegseth dalam rancangan Fox News Sunday.

Bagaimanapun, Senator Demokrat, Jack Reed, berpendapat tindakan Trump dan Hegseth adalah cubaan mempolitikkan Jabatan Pertahanan AS.

“Ia adalah permulaan kepada kemerosotan yang sangat serius dalam angkatan tentera,” katanya dalam rancangan This Week di ABC.

Jumaat lalu, Trump mengumumkan pemecatan pegawai tertinggi tentera AS, Jeneral Charles ‘CQ’ Brown, tidak sampai dua tahun beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Ketua Turus Bersama.

Hegseth juga memaklumkan sedang mencari pengganti untuk pegawai tertinggi Tentera Laut AS, Laksamana Lisa Franchetti, naib ketua staf Tentera Udara dan tiga peguam kanan tentera.

Perubahan pegawai kanan berlaku selepas Pentagon mengumumkan rancangan untuk mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus daripada lebih 900,000 kakitangan awam, konon bagi meningkatkan kecekapan serta memfokuskan semula jabatan kepada keutamaan presiden.– AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN