RIYADH: Amerika Syarikat (AS) dan Russia akan melantik pasukan peringkat tertinggi untuk merundingkan penamatan perang di Ukraine dan berusaha memulihkan saluran diplomatik. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio selepas rundingan penting dengan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, yang mengecualikan Ukraine, di Riyadh, Arab Saudi, kelmarin. Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, beliau berkata, konsesi perlu dibuat oleh semua pihak untuk mengakhiri konflik tersebut. Pertemuan kedua-dua pemimpin itu menandakan…










