Pemilihan PKR: Kedah harap ada wakil di peringkat tertinggi

Pemilihan PKR: Kedah harap ada wakil di peringkat tertinggi

ZAMRI YUSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: PKR Negeri Kedah meletakkan harapan agar seorang pemimpin mereka dapat berada dalam kelompok Naib Presiden pada pemilihan parti itu, Mei depan.

Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Datuk Ir. Zamri Yusuf berkata, buat masa ini belum ada wakil pimpinan di negeri itu yang pernah berada di jawatan tersebut atau lebih atas kecuali Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Setiausaha Agung.

Katanya, amat penting untuk Kedah diwakili sekurang-kurangnya seorang pimpinan yang mengisi jawatan tertinggi di peringkat pusat ekoran corak politik negeri ini yang dinamik.

“Namun, untuk bertanding Naib Presiden PKR, calon bukan sahaja perlu dikenali di negeri Kedah tetapi lebih penting di kesemua 212 cabang PKR seluruh negara.

“Buat masa ini kami melihat Setiausaha Politik Perdana Menteri, Chan Ming Kai sebagai calon atau figura yang sesuai untuk bertanding selaku Naib Presiden,” katanya kepada Utusan Malaysia.

PKR sebelum ini memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (MPAMK) akan diadakan pada 24 Mei depan.

Ming Kai yang merupakan bekas Ahli Parlimen Alor Setar kini adalah Timbalan Ketua Cabang PKR Alor Setar.

Sementara itu, Zamri berkata, proses penamaan calon untuk jawatan-jawatan di kesemua 15 cabang di Kedah dijangka diadakan pada 14 Mac ini.

“Kesemua cabang-cabang ini dijangka ada pertandingan sekurang-kurangnya satu lawan satu dan di sesetengah tempat mungkin lebih, namun saya belum ada maklumat berapa individu secara keseluruhan yang akan menawarkan diri untuk bertanding kali ini.

“Cuma saya mengharapkan pemilihan kali ini akan terus harmoni sesuai dengan imej yang parti yang sedang mentadbir negara dengan Presiden kami merupakan Perdana Menteri,” ujarnya.

Beliau juga bersedia menawarkan diri bagi mempertahankan jawatan Ketua Cabang Alor Setar untuk kali ketiga walaupun bersedia menerima tentangan mana-mana individu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×