PUTRAJAYA: Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 orang yang dikemukakan kepada Kerajaan Arab Saudi bagi musim 1446H/2025M. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, permohonan itu disampaikan kepada Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfig Fawzan Al-Rabiah ketika pertemuan rasmi beliau bersempena dengan Simposium dan Pameran Haji 1446H. Menurutnya, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan mempertimbangkan sewajarnya permohonan…










