PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyelia kejayaan ujian peluru berpandu balistik hipersonik jarak sederhana (IRBM) baharu di Pyongyang, semalam. Media kerajaan KCNA berkata, Kim turut berikrar untuk mempercepatkan keupayaan nuklear dan peluru berpandu negara itu. Ia adalah pelancaran peluru berpandu pertama Korea Utara sejak 5 November, dan berlaku serentak dengan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken ke Korea Selatan minggu ini. Ujian itu dilakukan hanya beberapa…










