Ketua pembangkang Venezuela diculik?

Ketua pembangkang Venezuela diculik?

MARIA CORINA MACHADO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Sekutu kepada ketua pembangkang paling berpengaruh di Venezuela, Maria Corina Machado mendakwa pemimpin itu ‘diculik’ di Caracas oleh pegawai rejim selepas menyelinap keluar dari tempat persembunyian untuk mengetuai protes menentang Presiden Nicolas Maduro.

Kira-kira tiga jam selepas pengumuman itu, penyokong Machado mendakwa beliau dibebaskan kerana terjatuh dari motosikal dan dibawa pergi secara paksa semasa meninggalkan perhimpunan serta dipaksa merakam beberapa video.

Maduro dijadualkan mengangkat sumpah bagi penggal ketiga sebagai presiden pada Jumaat, walaupun terdapat dakwaan beliau menipu dalam pilihan raya tahun lalu.

Pewaris Hugo Chavez itu tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan kemenangannya, manakala gerakan Machado menerbitkan kiraan undi terperinci yang memberikan bukti kukuh bahawa calonnya, Edmundo Gonzalez, sebenarnya memenangi pilihan raya tersebut.

Terdahulu, ribuan penyokong pembangkang turun ke jalanan di beberapa bandar di seluruh Venezuela bagi membantah rancangan Maduro untuk mengangkat sumpah sebagai presiden, atas seruan Machado, yang bersembunyi selepas pilihan raya 28 Julai 2024 untuk mengelak ditangkap.

Selepas lebih 133 hari bersembunyi, Machado, 58, muncul semula pada Khamis petang di tengah kumpulan besar penunjuk perasaan di Caracas.

Beliau memanjat trak dan mengetuai sorakak ‘kami tidak takut’.

Selepas berucap, Machado meninggalkan perhimpunan tetapi dipintas dengan ganas, menurut kenyataan ringkas wakilnya.

“Pegawai rejim melepaskan tembakan ke arah motosikal yang membawa beliau,” katanya.

Seorang wartawan terkenal Venezuela, Carla Angola menulis di X bahawa rejim menculik Maria Corina.- THE GUARDIAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN