Kebanyakan pantai bersih di Thailand terletak di Krabi

Kebanyakan pantai bersih di Thailand terletak di Krabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Jabatan Kawalan Pencemaran mengumumkan senarai lokasi pantai yang paling bersih untuk berenang dan paling tercemar di Thailand.

Ketua Pengarah, Preeyaporn Suwanaged berkata, senarai terbaik dan terburuk itu merupakan hasil tinjauan kualiti air aluat di 210 lokasi di sepanjang pantai seluruh negara tahun ini.

Tinjauan mendapati air laut di 49 peratus lokasi adalah berkualiti baik, 43 peratus sederhana, enam peratus berkualiti merosot dan dua peratus lagi berada pada tahap sangat tercemar.

Beliau berkata, 10 pantai dengan air laut paling bersih terletak di wilayah selatan, kebanyakannya berada di Krabi.

“Pantai Samila di wilayah Songkhla dinobatkan pantai dengan kualiti air laut terbaik, diikuti Pantai Nai Harn di Phuket, Pantai Ton Sai, Pantai Maya, Teluk Lo Samah, Pulau Yung dan Pulau Kai yang semuanya terletak di Krabi.

“Selain itu, Pantai Thai Mueang di Phangnga, Pantai Bang Ben di Ranong dan Pantai Ban Thung Rin di Satun,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa kawasan di wilayah Samut Prakan tersenarai sebagai lokasi dengan air laut paling tercemar.

“Antara lokasi paling tercemar ialah muara Sungai Chao Phraya di Samut Prakan, diikuti kawasan berhampiran kilang peluntur dan pewarna di Samut Prakan, muara Sungai Kanal 12 Thanwa di Samut Prakan, Laem Chabang di Chon Buri, dan muara Sungai Tha Chin di Samut Sakhon,” katanya.

Sepanjang sedekad lalu, Suwanaged berkata, 90 peratus kawasan pantai di Thailand menunjukkan kualiti air laut sederhana hingga baik dan kawasan pantai di Laut Andaman mencatatkan kualiti lebih bersih berbanding kawasan Teluk Thailand yang menyaksikan tahap pencemaran lebih tinggi.

Faktor utama pencemaran laut dikenal pasti berpunca daripada pelepasan bahan nutrien dan bakteria ke dalam air laut, katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN