SYDNEY: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan lebih 10 peratus remaja seluruh dunia terjejas akibat penggunaan media sosial. Peningkatan penggunaan media sosial berlebihan di peringkat global menyebabkan masalah kesihatan mental dan fizikal dalam kalangan remaja. Susulan itu, banyak negara Asia-Pasifik mula mengambil langkah untuk melindungi kanak-kanak daripada kesan negatif media sosial, termasuk sekatan terhadap kandungan seksual, keganasan serta maklumat palsu. LARANGAN PERTAMA DUNIA DI AUSTRALIA Australia menjadi negara pertama di dunia…










