MANILA: Filipina mengumumkan penangguhan tinjauan saintifik di Laut China Selatan, selepas kapal perikanannya menghadapi ‘gangguan’ dan tingkah laku agresif daripada pengawal pantai serta tentera laut China, semalam. Manila dan Beijing mengalami beberapa siri konfrontasi di perairan Laut China Selatan yang menjadi pertikaian. China menuntut hampir semua laluan air strategik sebagai wilayahnya, melibatkan perdagangan bernilai AS$3 trilion (RM13 trilion) setiap tahun, yang turut bertindih dengan tuntutan Filipina, Indonesia, Malaysia dan Vietnam.…










