Empat lagi tebusan Israel dibebaskan hari ini

Empat lagi tebusan Israel dibebaskan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan Hamas membebaskan empat lagi tebusan Israel di bawah perjanjian gencatan senjata, hari ini.

Empat tebusan yang dibebaskan memakai jaket seragam tentera Israel tersenyum dan melambai di atas pentas di Dataran Palestin di Bandar Gaza, ketika mereka diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.

Mereka yang dibebaskan hari ini adalah Liri Albag, 19; Daniella Gilboa, 20; Karina Ariev, 20 dan Naama Levy, 20.

Kira-kira 200 tahanan Palestin turut akan dibebaskan hari ini sebagai pertukaran untuk empat askar Israel berkenaan.

Pejabat Media Banduan berkata, tahanan yang bakal dibebaskan termasuk 121 orang yang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan 79 lagi berdepan hukuman panjang.

Katanya, 70 daripada tahanan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup akan dihantar pulang ke luar wilayah Palestin.

Menurut kenyataan itu, kumpulan kedua tahanan merangkumi 137 kumpulan pejuang Hamas, 26 daripada Fatah, 29 (Jihad Islam), tiga daripada Barisan untuk Pembebasan Palestin (PFLP) dan seorang daripada Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP) serta empat lagi tanpa sebarang keanggotaan kumpulan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN