Biden dituduh berat sebelah dalam konflik Gaza

Biden dituduh berat sebelah dalam konflik Gaza

PRESIDEN AS, Joe Biden (tengah) menyampaikan ucapan mengenai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, yang turut disertai Naib Presiden, Kamala Harris (kiri) dan Setiausaha Negara, Antony Blinken di Rumah Putih di Washington, DC, pada Rabu lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dituduh bersikap berat dalam isu hak asasi manusia berhubung dua konflik yang hampir sama di Gaza dan Ukraine.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan Human Rights Watch (HRW), Biden terus membekalkan senjata kepada Israel walaupun terdapat tuduhan jenayah perang di Gaza, sambil mengkritik Russia terhadap pelanggaran sama di Ukraine.

Laporan dunia 2025 HRW yang diterbitkan kelmarin, menekankan tindakan AS menggantung pembiayaan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), di tengah krisis kebuluran di Gaza berikutan pengepungan Israel.

Pada masa sama, pentadbiran Biden memberikan bantuan keselamatan bernila AS$17.9 bilion (RM76.5 bilion), yang belum pernah berlaku sebelum ini, kepada Israel dan meluluskan lebih 100 daripada 100 penjualan senjata.

Laporan itu turut menekankan realiti yang sering diabaikan bahawa demokrasi liberal seperti AS tidak selalu menjadi pejuang hak asasi manusia, sama ada di dalam negara atau di peringkat antarabangsa.

Kumpulan hak asasi itu berkata, kebanyakan daripada 70 pilihan raya kebangsaan yang diadakan tahun lalu didorong oleh ‘perkauman, kebencian dan diskriminasi’, termasuk di AS dan Kesatuan Eropah (EU).

HRW juga bimbang Presiden terpilih, Donald Trump, yang akan memegang jawatan pada 20 Januari, berpotensi menyebabkan kerosakan hak asasi manusia yang lebih besar dalam penggal keduanya.

Laporan itu berkata, pengaruh Trump juga boleh memberi keberanian kepada pemimpin tidak liberal di seluruh dunia untuk mengikut jejaknya.

Ia turut mencatatkan kemaraan kumpulan sayap kanan dalam pilihan raya Parlimen Eropah tahun lalu, yang memanfaatkan sentimen anti pendatang dan retorik nasionalis untuk memajukan dasar yang mengancam komuniti minoriti serta melemahkan norma demokratik.

Di sebalik laporan suram mengenai jenayah perang dan kemanusiaan Israel di Gaza serta konflik Russia-Ukraine, laporan tersebut turut menyoroti perkembangan positif di beberapa bahagian dunia.

Ini termasuk perkembangan di Syria selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad dan daya tahan demokrasi di Bangladesh, susulan protes pelajar yang berjaya menggulingkan kerajaan Sheikh Hasina.– AL JAZEERA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN