Nelayan bimbang subsidi diesel, petrol ditarik balik

Nelayan bimbang subsidi diesel, petrol ditarik balik

Jumlah nelayan laut di seluruh negara direkodkan semakin berkurangan pada tahun lalu, terutamanya di tujuh negeri. - UTUSAN /PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Komuniti nelayan melahirkan kebimbangan terhadap dakwaan ada usaha menghapuskan subsidi diesel dan petrol yang diterima mereka selama ini susulan berlaku ketirisan dalam pemberian kemudahan bahan api itu.

Hal tersebut dikesan susulan pertemuan diadakan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan agensi-agensi kerajaan bersama komuniti tersebut dan persa­tuan-persatuan nelayan negeri baru-baru ini.

Antara komuniti nelayan yang sudah ditemui seperti Kelantan, Terengganu, Melaka dan Johor, sementara pertemuan dengan penangkap ikan dari Selangor dan Perak akan diadakan serentak dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Susulan pertemuan itu, dasar tersebut dipercayai akan dilaksanakan seawal Mei hadapan.

Komuniti itu melahirkan kebimbangan jika subsidi bahan api itu ditarik balik, ia akan menyebabkan nelayan tidak lagi dapat turun ke laut setiap hari seperti biasa sekali gus mengganggu bekalan sumber protein negara.

Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor, Omar Abd. Rahman berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan KPDN diminta mengkaji dan memikirkan perkara tersebut selain meminta supaya hasrat berkenaan tidak diteruskan kerana mengganggu rutin tangkapan ikan oleh nelayan di seluruh negara.

“Kita minta perdana menteri dan KPDN supaya subsidi yang diberikan iaitu e-diesel dan e-petrol diteruskan dari semasa ke semasa supaya industri perikanan tidak merudum. Nelayan kelas A, B dan C semua terlibat.

“Itu yang kerajaan kena fikir balik, untuk masyarakat nelayan, sekarang nelayan tiada yang kebuluran (terjejas) kerana mendapat bantuan subsidi daripada kerajaan, tetapi, kalau e-diesel dan e-petrol ditarik balik, saya rasa kesannya amat teruk, mungkin nelayan akan jadi daif dan kelaparan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ketika ini maklum balas daripada nelayan sedang dikumpulkan oleh kerajaan sebelum dasar baharu itu dilaksanakan.

“Kalau ikut jangkaannya (pelaksanaan) dalam bulan Mei tahun depan. Itu sekarang kita (komuniti nelayan) sedang ditemu bual di seluruh negara, Johor, Melaka, Terengganu dan Kelantan sudah buat, tinggal Selangor dan Perak belum lagi.

Berdasarkan maklumat dari laman Kementerian Ke­wa­ngan, Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan membolehkan nelayan memperoleh bahan api itu pada harga RM1.65 seliter dengan kuota sebanyak 840 juta liter setahun.

Bantuan tersebut diberikan pada Belanjawan 2024 bagi menampung sebahagian kos operasi tangkapan ikan yang ditanggung oleh nelayan berikutan kenaikan harga minyak di pasaran.

Malah, Anwar yang juga Menteri Kewangan kemudian meneruskan pemberian subsidi tersebut dalam pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan bantuan subsidi dan insentif termasuk kepada pesawah dan nelayan pada tahun hadapan sebanyak RM2.78 bilion, meningkat berbanding RM2.6 bilion pada tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini