Lelaki OKU bunuh isteri kerana cemburu

Lelaki OKU bunuh isteri kerana cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Seorang lelaki kelainan upaya ditahan pihak berkuasa selepas bertindak membunuh isterinya, dalam satu kejadian di Banyumas, Jawa Tengah.

Ketua Polis Daerah Banyumas, Ari Wibowo, berkata suspek berusia 27 tahun itu memukul kepala mangsa menggunakan kunci pistol ketika mangsa berada di rumah pada pukul 7 malam (waktu tempatan).

“Motif awal kejadian dipercayai berpunca daripada rasa cemburu setelah mangsa dikatakan menjalin hubungan dengan lelaki lain. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan sama ada pembunuhan ini dirancang atau sebaliknya,” katanya.

Dalam insiden tragis tersebut, mangsa yang sedang menjawab panggilan telefon tidak sempat melawan ketika suspek bertindak memukulnya sebanyak tiga kali sebelum mencekik mangsa hingga mati.

Jiran tetangga mendedahkan rumah tangga pasangan tersebut sering dilanda pergaduhan, khususnya berkaitan isu kecurangan.

“Saya beberapa kali menjadi orang tengah untuk mendamaikan pergaduhan mereka, tetapi isu curang ini sering berulang,” kata seorang jiran, Siran, 52.

Menurut keterangan saksi, sebelum kejadian berlaku, mangsa pernah ditangkap warga setempat bersama lelaki lain.

Suspek, yang hilang keupayaan untuk berjalan selepas terlibat dalam kemalangan beberapa tahun lalu, menggunakan kerusi roda untuk melakukan jenayah tersebut.

Dia bekerja sebagai peniaga ayam laga, manakala isterinya bertugas sebagai pembantu rumah dan jarang berada di rumah.

Selepas melakukan pembunuhan, suspek menyerah diri di balai polis dengan bantuan perkhidmatan e-hailing.

Anak pasangan itu yang berusia lapan tahun kini berada di bawah penjagaan neneknya dan tuduhan di media sosial yang mendakwa kanak-kanak itu turut menjadi mangsa jenayah tersebut disangkal oleh penduduk setempat.

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 44 (3) Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (KDRT) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika disabitkan kesalahan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN