Iran tarik balik sekatan akses WhatsApp, Google Play

Iran tarik balik sekatan akses WhatsApp, Google Play

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran mengumumkan menarik balik sekatan akses terhadap platform web Barat yang digunakan secara meluas, termasuk aplikasi pemesejan popular WhatsApp dan gedung aplikasi Google Play.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Siber Iran, anggotanya mencapai konsensus untuk menarik balik sekatan akses pada platform asing yang digunakan secara meluas, termasuk WhatsApp dan Google Play, lapor agensi berita IRNA.

Keputusan itu dicapai semasa mesyuarat yang dihadiri pegawai tertinggi kerajaan, menteri Kabinet dan ahli majlis, semalam.

“Hari ini, kami mengambil langkah pertama ke arah menarik balik sekatan internet dengan perpaduan dan kerjasama.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden, media dan aktivis atas usaha mereka. Kami memerlukan perpaduan ini lebih daripada sebelumnya,” kata Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sattar Hashemi.

Bagaimanapun, sesi itu menekankan kepentingan tadbir urus terkawal dalam ruang siber dan keperluan untuk menyokong platform domestik.

Langkah itu selaras dengan janji kempen Presiden Iran, Masoud Pezeshkian untuk melonggarkan sekatan internet dan memperluaskan akses bagi rakyat Iran, menurut agensi tersebut.– ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×