Gadis bunuh adik ipar kerana dendam pada mentua

Gadis bunuh adik ipar kerana dendam dengan mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang gadis berusia 19 tahun tergamak membunuh adik iparnya dipercayai kerana dendam terhadap mentua.

Suspek, Rika Amalia didakwa memperdaya mangsa dengan mencabar gadis berusia 13 tahun itu untuk meminum jamu yang dicampur racun.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Panca Usaha Lorong Wakaf 4, Kelurahan 5 Ulu, Palembang pada Rabu lalu.

Difahamkan, mangsa diminta untuk menghabiskan minuman beracun tersebut dengan menjanjikan sejumlah wang sebanyak RM90.

Menurut laporan Tribunnews, mangsa kemudian menjadi lemah dan tidak sedarkan diri.

Suspek yang ketika itu hanya tinggal berdua di rumah dengan mangsa, mula panik dan bertindak menyembunyikan mayat adik iparnya di belakang almari sebelum cuba melarikan diri.

Namun, suspek berjaya ditahan polis ketika dalam perjalanan melarikan diri ke Lampung, Indonesia.

Pegawai Tinggi Polis Palembang, Harryo Sugihhartono berkata, suspek mengaku bertindak demikian kerana berdendam terhadap mentua.

“Hasil soal siasat, suspek mengakui dendam lama terhadap mentua menyebabkan dia bertindak demikian,” katanya kepada wartawan, semalam.

Beliau berkata, suspek kini berdepan hukuman maksimum 20 tahun sekiranya didapati bersalah.

Susulan kejadian itu juga, suami suspek yang juga abang kandung mangsa, Yuda, nekad menceraikan isterinya dengan talak tiga.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN