DHAKA: Kebakaran besar melanda kem pelarian Rohingya di Bangladesh semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya dua nyawa dan memusnahkan lebih 1,000 tempat perlindungan serta struktur lain. Kebakaran selama dua jam berlaku di Kem Rohingya Kutupalong di Ukhiya, daerah Cox’s Bazar di tenggara negara itu. Aktivis hak asasi Rohingya, Ro Nay San Lwin berkata, sekurang-kurangnya dua pelarian termasuk seorang kanak-kanak terkorban dalam insiden itu. Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian di Bangladesh memaklumkan, pasukan…










