Wanita Singapura cuba rasuah polis Singapura dipenjara 3 minggu

Wanita cuba rasuah polis Singapura dipenjara 3 minggu

WANG Xiping menawarkan sejumlah wang kepada polis bantuan selepas didapati melanggar peraturan di lorong khas melalui imigresen Singapura di Tambak Johor.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang wanita Singapura dijatuhkan hukuman penjara selama tiga minggu selepas mengaku bersalah terhadap cubaan rasuah.

Wang Xiping melakukan kesalahan itu pada 17 Julai lalu selepas ditahan seorang anggota polis bantuan kerana memandu di lorong khas untuk bas dan lori sejurus melalui imigresen Singapura di Tambak Johor.

Menurut laporan berita Singapura, Xiping tidak dibenarkan memandu di lorong khas itu dan diarahkan membuat pusingan U ke Kompleks Kastam Woodlands untuk masuk semula ke Malaysia.

Namun, dia menawarkan RM50 kepada anggota itu untuk membenarkannya terus memandu.

Apabila anggota tersebut yang memakai kamera badan menolak tawaran berkenaan dan meminta pasportnya, Xiping sekali lagi cuba menawarkan 50 dolar Singapura (RM166.49).

Xiping kemudian ditangkap namun ketika di mahkamah dia dilaporkan memberitahu kurang fasih berbahasa Inggeris dan menyangka anggota polis bantuan itu bekerja untuk pihak berkuasa Malaysia.

Dia dipercayai menyangka anggota tersebut mahukan lebih banyak wang, menyebabkan dia menawarkan rasuah kali kedua.

Wanita itu mengaku bersalah di mahkamah pada Jumaat lalu dan dijatuhkan hukuman pada hari sama.

Namun, permulaan hukuman penjaranya ditangguhkan sehingga hari ini untuk membolehkan dia menyelesaikan urusan berkaitan penjagaan anak kerana suaminya berada di luar negara atas urusan kerja dan tidak dapat pulang ke Singapura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×